Didakwa di mahkamah OC Phang

Pada 10 Disember 2009, OC Phang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang atas tiga tuduhan pecah amanah berhubung Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Pecah amanah itu melibatkan RM254 juta. Beliau kemudian ditahan polis.

Hakim mahkamah ialah Yong Zaridah Sazali. Peguam bela ialah Ng Aik Guan. RM350,000 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap OC Phang. Perbicaraan ditetapkan pada 12 Januari 2009 . Pasport hendaklah diserahkan supaya tidak keluar negara dan sukar dikesan .

Pendakwaan dijalankan oleh Manoj Kurup, Dzulkifli Ahmad dan Hashley Tajudin. Turut ditahan dan dihadapkan ke mahkamah ialah ketua pegawai operasiKuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Steven Abok dan arkitek perunding, Benard Tan Seng Swe . Tusuhan terhadap mereka ialah tuntutan palsu RM5.42 juta .

Seorang lagi yang masih bebas dikenakan 24 tuduhan kerana membuat tuntutan palsu berjumlah RM122.27 juta.Mereka tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan.

Ikat jamin Steven ialah RM200,000. Ikat jamin Tan sebanyak RM250,000. Pada 4 Februari 2009 kes mereka akan didengar.Tan Hock Chuan menjadi peguam bela Steven.George Varghese mewakili Bernard Tan.

Berkaitan